Pemandu Ferrari kecewa pada sesi kelayakan

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Hasrat pasukan Scuderia Ferrari Marlboro untuk mengungguli petak utama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia Petronas di sini hari ini tidak kesampaian.

Pemandunya Felipe Massa gagal menyerlah apabila terkeluar daripada sesi kelayakan pertama dan akan memulakan perlumbaan di petak ke16 manakala rakan sepasukan Kimi Raikkonen hanya menduduki tempat kesembilan.

Kedua-dua pemandu berpengalaman itu tidak dapat mengulangi pencapaian memulakan perlumbaan dari barisan depan tahun lepas di litar sama.

"Keputusan ini sudah pasti tidak memenuhi jangkaan kami walaupun kami tahu adalah sukar pada sesi kelayakan," kata pemilik pasukan Stefano Domenicali.

"Tetapi apa yang mengecewakan ialah cara kami mengendalikan bahagian awal sesi kelayakan hari ini. Perlumbaan esok adalah lebih lama dan sukar dengan persoalan mengenai perubahan cuaca.

"Kita perlu menggunakan rentak saingan dengan sebaik mungkin dan permulaan yang baik. Di Australia, kami mendapati apa jua boleh berlaku dan perlu bersedia mengambil sebarang kesempatan," katanya.

Massa sungguh kecewa dengan keputusannya pada sesi kelayakan pertama ekoran persembahan yang tidak memuaskan.

"Keadaan trek bertambah baik pada setiap pusingan dan pusingan pertama saya tidak kemas. Kami tidak respon pada waktunya dan hilang peluang untuk melakukan pusingan lagi. Tiada siapa yang boleh disalahkan dan sebagai pasukan, kami kalah atau menang secara bersama," katanya.

Dalam pada itu, Raikkonen berkata pasukannya tidak sepantas pasukan lain untuk merebut kedudukan terbaik.

Perlumbaan hari ini adalah sengit dan kami akan mencuba dari mula lagi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan