UEFA Hukum Wales, Pemain Bawa Anak Masuk Padang

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 8:00 AM

Bale bermain dengan anaknya, Violet di atas padang.

(Ubah saiz teks)

WALES dikenakan tindakan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana pemain pasukan itu membawa anak-anak mereka memasuki padang untuk meraikan kejayaan Euro 2016.

Semasa kejohanan itu, Gareth Bale membawa keluarganya untuk meraikan kejayaan ke atas Ireland Utara dan Belgium bersama penyokong di atas padang.

Namun tindakan itu tidak disenangi dan beberapa aduan diterima daripada pegawai UEFA menjelang pertemuan separuh akhir menentang Portugal.

Akibatnya, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) kini didenda oleh penganjur kejohanan itu.

Difahamkan kes itu akan didengar pada Khamis dengan Wales diberi amaran supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa hadapan.

Ketua Eksekutif FAW, Neil Ward mengesahkan mengenai hukuman tersebut dengan menyatakan rasa kecewa di atas tindakan UEFA.

"Kami kecewa. Saya fikir kami faham isu keselamatan sepanjang perlawanan. Malah FAW dikenakan tindakan oleh UEFA kerana perkara itu tetapi kami mahu hukuman diringankan demi masa depan pasukan ini.

"Saya fikir ia popular di kalangan orang ramai untuk melihat kanak-kanak di atas padang. Ia hanya magik untuk melihat dan sekali lagi menunjukkan keterbukaan dan kerjasama skuad ini," katanya.

Bale antara pemain pertama yang melanggar peraturan itu berikutan kejayaan menyingkirkan Ireland Utara.

Bintang Real Madrid itu bermain dengan anak perempuannya berusia tiga tahun, Alba Violet di atas padang selepas tamat perlawanan itu.

Malah beberapa kanak-kanak lain turut dilihat berada di atas padang.

Tags / Kata Kunci: Wales , hukuman , UEFA , Gareth Bale

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan