Final Euro 2016: Fakta Ringkas Pasukan Perancis Dan Portugal

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 4:48 PM

Pasukan Perancis menjadi pilihan untuk bergelar juara Euro 2016.

(Ubah saiz teks)

PERTEMBUNGAN Perancis dan Portugal merupakan perlawanan kali keempat dalam saingan kejuaraan utama.

Kesemua pertemuan tersebut ketika aksi separuh akhir (Euro 1984, Euro 2000 dan Piala Dunia 2006) yang mana Perancis menjulang juara dalam tiga kejohanan itu.

Sebagai rekod pertemuan, Perancis telah mencatat kemenangan dalam sepuluh perlawanan terakhir bertemu Portugal keseluruhannya.

Manakala kali terakhir Portugal menang ke atas Perancis pada April 1975 ketika aksi persabahabatan (2-0).

Pasukan Portugal


Mereka hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan akhir menerusi penalti Ricardo Quaresma pada Oktober 2014.

Mara ke aksi akhir Euro tahun ini merupakan pencapaian terbaik Portugal dalam kejohanan besar yang mana mereka tewas 0-1 kepada Greece pada saingan peringkat awal.

Portugal antara pasukan yang paling banyak bermain dalam sejarah Kejuaraan Eropah tanpa sebarang juara dengan 34 perlawanan.
Cristiano Ronaldo


Sementara itu, Perancis mencatat rekod kali kelima mara ke final kejohanan utama.

Mereka mencatat tiga gelaran juara (Euro 1984 & 2000 dan Piala Dunia 1998).

Perancis mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 18 perlawanan di tempat sendiri dengan 16 kemenangan dan dua seri.

Kali terakhir tewas pada Julai 1960 pada aksi pertama Euro bertemu Czechoslovakia (0-2).

Setakat ini, hanya Jerman dan Sepanyol sahaja yang merekodkan kejuaraan sebanyak tiga kali.

Selain itu, Perancis turut menggunakan peluang sebagai tuan rumah untuk memastikan rekod penjaring terbanyak Euro 2016 dengan 13 gol dalam enam perlawanan.

Kali terakhir mereka merekodkan jaringan sebanyak itu pada Euro 2000.
Antoine Griezmann


Selain itu, Perancis lebih 50 peratus sukses dalam aksi sepakan penalti dengan menghasilkan tiga kemenangan daripada aksi yang diambil.

Dalam pada itu, rekod pemain yang paling banyak beraksi dalam Kejuaraan Euro dipegang oleh penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dengan 20 penampilan.

Manakala Antoine Griezmann mencatat enam gol pada Euro kali ini sekaligus menjadi pemain Perancis paling banyak menjaringkan gol sejak Michel Platini pada tahun 1984 (9 gol).

Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Portugal , Perancis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan