Griezmann 'Hero Baharu' Perancis

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 9:59 AM

Griezmann bergambar bersama ahli keluarga dan rakannya.

(Ubah saiz teks)

MARSEILLE: Beliau enggan dibandingkan dengan Michel Platini tetapi Antoine Griezmann pantas menjadi legenda Perancis selepas dua gol jaringannya membantu tuan rumah membenam juara dunia, Jerman pada aksi separuh akhir Euro 2016, awal pagi Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan Perancis mara ke final bertemu Portugal pada Ahad ini.

Meskipun ketiadaan penyerang Real Madrid, Karim Benzema, Perancis menemui 'hero baharu' yang bertubuh kecil.

Dengan enam gol pada kejohanan itu, Griezmann hanya kekurangan tiga gol untuk menyamai rekod sembilan gol Platini pada aksi Euro 1984.

Penyerang Atletico Madrid berusia 25 tahun itu mempamerkan kecekalan, keberanian dan kemahirannya dalam pertembungan penting tersebut.

"Dia pemain hebat. Dalam perlawanan ini, dia merupakan hero pasukan. Dia boleh menjaringkan gol dan membantu mencipta gol untuk pemain lain," katanya Pengurus Perancis, Didier Deschamps.

Benzema yang tidak beraksi selepas didakwa dengan tuduhan kes peras ugut berkaitan pita video seks mengucapkan tahniah kepada pasukannya menerusi Twitter.

"Teruskan usaha, hanya tinggal satu lagi perlawanan perlu diharungi!!!," tulis Benzema.

Pada aksi final Liga Juara-Juara pada Mei lalu, Griezmann terlepas sepakan penalti untuk Atletico.

Kegagalan itu menyebabkan Real Madrid menjulang trofi kejuaraan Eropah itu buat kali ke-11 di Milan.

Namun, pada awal pagi Jumaat, Griezmann menyempurnakan sepakan penalti dalam keadaan tenang selepas bola terkena tangan pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger.

"Saya ingin menyempurnakan sepakan penalti sekali lagi dalam perlawanan penting ini dan saya gembira kerana berjaya melakukannya," kata Griezmann.

Tags / Kata Kunci: Antoine Griezmann , Perancis , Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan