suria

Tewaskan Belgium Sejarah Paling Hebat Wales - Giggs

RYAN Giggs menganggap kemenangan dalam aksi suku akhir ke atas Belgium merupakan 'yang terbaik dalam sejarah Welsh'.

Malah Giggs melabelkan kejayaan negaranya yang mara ke separuh akhir Kejuaraaan Eropah adalah yang paling hebat dalam sejarah bola sepak Wales.

"Saya sangat bangga," jelasnya ketika menyaksikan pemain-pemain Wales meraikan kemenangan di Stadium Pierre Mauroy awal pagi Sabtu.

"Ia satu malam yang hebat dalam bola sepak sejarah Wales, tetapi apa yang lebih mengagumkan ialah dari segi persembahan...yang membuatkan skuad di ranking kedua dunia itu seperti 'sebuah pasukan biasa'."

Giggs yang mencatat 12 gol dalam 64 penampilan bersama  pasukan Wales, mendedahkan bahawa selepas pengurus Gary Speed meninggal dunia pada 2011, skuad negaranya memerlukan harapan dan sesuatu untuk di percayai.

"Ia masa yang sukar ketika Coleman mengambil alih 2012.

"Dia dan Gary Speed sangat rapat. Pada awalnya dia (Coleman) mengalami tekanan. Namun waktu yang sukar itu  akan membawa kamu ke hadapan. Dia tersekat dengan sistem dan semua orang tahu tugas masing-masing," katanya.

Sementara itu, Giggs sedia meninggalkan tugasnya sebagai pembantu pengurus di United setelah diberi tugas baharu menjaga skuad remaja sebaik sahaja ketibaan Jose Mourino di Old Trafford.

Selain itu, Giggs juga mengalu-alukan kehadiran Zlatan Ibrahimovic ke United bagi membantu peningkatan pemain muda seperti Marcus Rashford.

"Saya fikir ia satu kontrak yang hebat. Musim lalu kami kekurangan gol di United dan dia telah menjadi penjaring terbanyak. Sebagai pemain, kamu dapat lihat siapa pemenang. Kamu akan nampak karektor dan sedikit sentuhan yang ada kelas.

"Kamu pastinya mahu menjadi yang terawal mempelajari sesuatu daripada pemain berpengalaman ini (jika kamu Rashford), dan Marcus hanya boleh belajar dengan orang sepertinya (Ibra)," jelas Giggs.

Ryan Giggs

Artikel Sebelum

Jadual Suku Akhir Euro 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain