Sepanyol Gigit Jari

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

HASRAT Sepanyol untuk mempertahankan gelaran juara Euro terbantut selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Itali pada pusingan 16 pasukan terbaik yang berlangsung di Stade de France, awal pagi Selasa.

Kemenangan Itali itu dilihat sebagai 'balas dendam' terhadap kekalahan pada aksi final Euro 2012 sekali gus membolehkan pasukan tersebut mara ke pusingan suku akhir. Pada pusingan suku akhir Ahad ini, Itali akan bertemu juara dunia, Jerman.

Dua gol Itali dijaringkan pertahanan tengah, Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle.

Di sebalik kekalahan Sepanyol, pujian harus diberikan kepada David de Gea yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya untuk mengelak asukan itu tewas dengan jaringan lebih besar.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan di awal permainan, menyaksikan Itali bermula garang dengan dua percubaan dalam tempoh 10 minit menerusi tandukan Pelle dan sepakan gunting Emanuele Giaccherini tetapi berjaya ditepis De Gea.

Sepakan percuma yang disempurnakan Eder pada minit ke-33 turut berjaya ditangkap kemas De Gea. Chiellini menyuntik semangat Itali apabila menjaringkan gol pertama selepas berjaya membolosi dengan mudah benteng pertahanan Sepanyol.

Sepanyol yang gagal memperaga corak permainan tiki-taka disebabkan taktik Itali yang lebih suka menekan lawan berpeluang meledak gol penyamaan menerusi Aritz Aduriz pada minit ke-69  tetapi tersasar sebelum voli Iniesta ditampan Gianluigi Buffon pada minit ke-76.

Namun peluang Sepanyol untuk mencipta gol penyamaan tidak kesampaian selepas Pelle meledak gol kedua pada masa tambahan.

Tags / Kata Kunci: Sepanyol , Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan