Hodgson Nafi Rooney-Vardy 'Tidak Sebulu'

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS England Roy Hodgson menafikan spekulasi bahawa kapten The Three Lions, Wayne Rooney dan penyerang Jamie Vardy 'tidak sebulu'.

Hodgson dan Rooney bercakap kepada pemberita menjelang pertembungan England dengan Iceland pada kelompok 16 pasukan terbaik, awal pagi Selasa.

Pada sidang media itu, seorang wartawan Jerman bertanya mengenai laporan akhbar bahawa Rooney dikatakan bercakap mengenai isteri Vardy dan prestasinya sepanjang kejohanan tersebut.

Bagaimanapun Hodgson mencelah dengan berkata; "Saya akan menjawab soalan itu bagi pihak Rooney.

"Saya belum dapat petunjuk mengenai apa yang anda maksudkan. Tiada masalah antara Wayne Rooney dan Jamie Vardy, mereka berkawan rapat sama ada di dalam mahupun luar padang.

"Saya menasihati Rooney untuk tidak memberikan sebarang komen. Ia jelas spekulasi yang sengaja diputar-belitkan," katanya.

Ditanya mengenai kesan referendum rakyat Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) terhadap persediaan England, Hodgson berkata:" Itu kepentingan besar kepada negara tetapi setakat yang saya tahu, kami hanya bimbang tentang konsentrasi dalam bola sepak.

"Ia tidak memberi kesan kepada perlawanan kami. Kami perlu menerimanya, apabila pulang ke England, keputusan penting telah diambil apabila kita kembali nanti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jamie Vardy , Wayne Rooney , England

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan