suria

Coleman Kecewa Tewas Kepada Perancis

Seamus Coleman.

SEAMUS Coleman mengakui kecewa dan sedih selepas Republik Ireland terkeluar daripada saingan Euro 2016 selepas tewas 2-1 kepada tuan rumah, Perancis.

Biarpun Robbie Brady mendahului pasukan Martin O'Neill's seawal minit kedua permainan, namun segalanya berubah apabila Perancis bangkit menjaringkan dua gol menerusi Antoine Griezmann.

Coleman yang beraksi buat kali ke-38 untuk Republik Ireland itu berkata, pasukannya tidak mampu membuat lebih daripada sekarang.

"Kami sangat kecewa. Sebelum ini kami rasakan ianya (kemenangan) untuk kami malah telah memberikan yang terbaik.

"Ia membuktikan kami telah bermain dengan baik, dan ianya sangat mengecewakan apabila tewas," jelasnya kepada ITV.

Dalam pada itu, Coleman turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong setia pasukan ini walaupun hanya diberi 4,500 tiket sahaja bagi stadium yang berkapasiti 59,000 penonton.

"Kami mahu  meneruskan saingan di sini untuk penyokong-penyokong sendiri, namun sebaliknya berlaku. Saya berharap kami telah membuatkan mereka bangga.

"Terdapat ikatan istimewa di antara pemain dan penyokong. Kami menambah keyakinan daripada perlawanan bertemu Itali sebelum ini.

"Permainan separuh masa kedua sentiasa sukar dan kami gagal mengekalkan rentak seperti babak pertama," jelasnya.

Rentak Republik Ireland sedikit terganggu selepas Shane Duffy yang dilayangkan kad merah gara-gara menjatuhkan Griezmann di kawasan kotak penalti.

"Kad merah itu salah satu daripada cabaran. Namun jika Shane tidak cuba menghalangnya, kemungkinan besar dia akan menjaringkan gol.

"Walaupun Share mendapat kad merah, dia telah melakukan perkara yang luar biasa bersama Jeff (Hendrick), Robbie (Brady) adan James (McClean) dan mereka mempunyai masa depan yang cerah," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain