suria

Belgium Mula Tunjuk Belang, Benam Hungary 4-0

BELGIUM bakal berdepan Wales dalam aksi suku akhir selepas menang selesa 4-0 ke atas Hungary dalam saingan kalah mati 16 pasukan di Toulouse, awal lagi Isnin.

Skuad Marc Wilmots yang kini berada di ranking kedua dunia Fifa di belakang Argentina makin menunjukkan belangnya dalam persaingan merebut kejuaraan Euro 2016.

Pada perlawanan itu, kapten Eden Hazard mencuri tumpuan dengan merakamkan jaringan menarik jarak jauh untuk gol ketiga Belgium selepas Toby Aderweireld (minit-10) dan pemain gantian Mitchy Batshuayi (m-78).

Anak buah Bernd Storck gagal menyekat serangan Belgium sehingga Yannick Carrasco berjaya menjaringkan gol keempat pada minit akhir perlawanan.Sementara itu, Wilmots memuji pemain-pemainnya selepas aksi menang di Stadium Municipal ini.

"Saya memberitahu Eden bahawa saya mahukan gol dengan melalui pergerakan pintas ke tengah.

"Dia tidak berada berdekatan dengan gol dan perlu memcari keselesaan apabila berada di luar padang. 

"Seorang kapten tidak boleh hanya bercakap. Kadang-kala kamu perlu 'bercakap' dengan kaki dan itulah yang dia lakukan hari ini," jelas Wilmots mengenai jaringan Hazard.

Dalam pada itu Wilmots percaya sepatutnya mencatat 3-0 pada separuh masa pertama. 

"Kami menyimpan keputusan 1-0 terlalu lama. Berbanding dengan gol kedua dan ketiga yang sangat pantas.

"Namun saya memesan kepada pemain supaya bersabar. Dalam latihan, kami banyak melakukan hantaran 'two-touch'. Di Brazil kamu bertanya kepada saya kenapa...dan hari ini dapat lihat 'kenapa'. Kamu boleh menggerakkan bola dengan cepat.

"Malah saya ada memberitahu Kevin De Bruyne, supaya lebih berusaha ketika hilang bola dan itulah yang menyebabkan kesilapan berlaku.

"Jika hilang bola, kita tidak dapat banyak peluang," jelasnya.

De Bruyne dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan berdasarkan tindakan bijak sebagai pembantu dalam dua jaringan gol.

Senarai pemain:

Hungary (4-4-2): Kiraly, Kadar, Guzmics, Juhasz (Bode 80), Lang, Nagy, Gera (Elek 45), Lovrenscics, Kleinheisler, Dzsudzsak, Szalai

Pemain simpanan:Korhut, Fiola, Nemeth, Dibusz, Bode, Pinter, Stieber, Priskin, Bese, Gulasci

Jurulatih: Bernd Storck

Belgium (4-2-3-1): Courtois, Meunier, Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen, Nainggolan, Witsel, Mertens (Carrasco 70), De Bruyne, Hazard (Fellaini 81), R Lukaku (Batshuayi 76)

Pemain simpanan: Mignolet, Gillet, Denayer, Origi, Kabasele, Dembele, Benteke, J Lukaku, Batshuayi, Ciman

Jurulatih: Marc Wilmots

Pengadil: Milorad Mazic

Belgium, Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Euro 2016

Artikel Lain