Gol Sendiri McAuley Bawa Tuah Buat Wales - Euro2016 | mStar

Gol Sendiri McAuley Bawa Tuah Buat Wales

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

WALES meneruskan rentak cemerlang pada Euro 2016 apabila melangkah ke pusingan suku akhir selepas gol sendiri pemain Ireland Utara, Gareth McAuley menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada skuad bimbingan pengurus Chris Coleman itu di Paris, awal pagi Ahad.

Pemain bintang Real Madrid, Gareth Bale gagal mencipta sebarang kejutan apabila pergerakannya dikawal ketat pada pertembungan kelompok 16 pasukan terbaik itu.

Namun, Bale yang menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan setakat ini mengubah rentak permainan pada minit ke-75 apabila hantaran bolanya cuba ditendang McAuley akhirnya menerjah mask ke gawang sendiri Ireland Utara.

Wales akan berkunjung ke Lille untuk bertemu sama ada Hungary atau Belgium yang akan bertemu sesama sendiri pada pusingan kalah mati, Isnin ini.

Ia adalah kemaraan kedua Wales pada aksi suku akhir kejohanan utama selepas Piala Dunia pada 1958.

Senarai pemain:

IRELAND UTARA: McGovern; Hughes, McAuley, Cathcart, J. Evans; C. Evans; Ward, Norwood, Davis, Dallas; Lafferty.

WALES: Hennessey; Gunter, Chester, A. Williams, Davies, Taylor; Allen, Ledley, Ramsey; Bale, Vokes.

Tags / Kata Kunci: Wales , Ireland Utara
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan