suria

"Saya Tak Letih" - Kane

Harry Kane.

PENYERANG England, Harry Kane membidas dakwaan bahawa dia mengalami keletihan dalam usaha untuk menjamin tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu menjelang pertembungan kalah mati Euro 2016.

Kane sentiasa menjadi pilihan utama Roy Hodgson di awal temasya berprestij ini tetapi tidak disenaraikan dalam skuad utama ketika terikat seri tanpa jaringan dengan Slovakia.

Ketiadaan Kane menimbulkan spekulasi bahawa dia bergelut dengan tahap kecergasannya.Kane mewakili skuad Bawah 21 tahun England pada kejuaraan Eropah pada musim panas lalu.

Ini bermaksud penampilan pada Euro 2016 merupakan perlawanan antarabangsa kedua yang disertainya pada musim panas.

Kane menegaskan beliau tidak kepenatan dan mahu diturunkan dalam barisan utama England menjelang pertemuan menentang Iceland dalam kelompok 16 pasukan terbaik pada Isnin ini.

"Saya tak letih, saya pernah melalui perlawanan sebegini sebelum ini - tahun lalu mewakili skuad bawah 21 tahun, ia adalah perkara yang sama.

"Namun saya 100 peratus cergas dan sudah bersedia," katanya.

Seandainya Kane bermula di bangku simpanan ketika aksi menentang Iceland, beliau tidak perlu kecewa kerana sistem penggiliran pemain adalah sebahagian daripada perlawanan bola sepak moden.

"Saya fikir ia sebahagian daripada perlawanan, kami mempunyai ramai pemain dan menggunakan pemain yang ada dengan cara yang betul.

"Saya fikir tidak banyak pasukan akan menurunkan kesebelasan utama sepanjang perlawanan ini.

"Sebagai pemain kita perlu sedia apabila dipanggil. Sesiapa sahaja yang diturunkan atau duduk di bangku simpanan sentiasa fokus terhadap pasukan masing-masing," katanya.

Harry Kane, England, Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain