suria

Guardiola Beri Kata Semangat Kepada Sterling

Raheem Sterling.

RAHEEM Sterling menerima panggilan telefon daripada pengurus baharu Manchester City, Pep Guardiola yang memberi kata-kata semangat terhadapnya pada Euro 2016.

Menurut Daily Mail Online, bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu bimbang terhadap Sterling yang disisihkan dalam beberapa perlawanan di Perancis dan menerima banyak kritikan.

Tertekan dengan kritikan penyokong di laman sosial media, Sterling menganggap dirinya sebagai 'pemain baling dibenci'.

Susulan itu, Guardiola menghubungi Sterling dengan menyakinkannya bahawa masa depannya di Stadium Etihad selamat walaupun dia berdepan saat sukar pada Euro 2016.

"Pep beritahu selagi anda bekerja dengan saya, saya akan berjuang untuk anda.

"Pep juga berkata jangan putus asa dan jangan bimbang, saya tahu anda pemain hebat dan akan terus menjadi sebahagian daripada rancangan besar saya," kata sumber.

Sterling ditukarkan pada separuh masa pertama ketika pertemuan dengan Wales dalam aksi peringkat Kumpulan B.

Malah bekas pemain Liverpool itu turut bermula di bangku simpanan ketika saingan terakhir peringkat kumpulan menentang Slovakia pada awal pagi Selasa lalu.



Raheem Sterling, Euro 2016, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Saya Tak Letih" - Kane

Artikel Lain