suria

England Fokus Latihan Sepakan Penalti

England tewas kepada Itali pada Euro 2012 menerusi sepakan penalti.

ENGLAND kini memfokuskan latihan sepakan penalti sebagai persediaan menghadapi pusingan kalah mati Euro 2016 dengan pemain bintangnya, Wayne Rooney mengasah teknik untuk cuba memperdayakan penjaga gol.

Skuad The Three Lions itu akan bertemu Iceland pada pusingan kalah mati pertama dalam kejohanan utama sejak Euro 2012, Isnin ini.

Pada kejohanan yang sama empat tahun lalu, England tewas di tangan Itali pada aksi suku akhir.

Ia merupakan kekalahan keenam England menerusi penentuan penalti.

Justeru krisis itu menjadi agenda utama untuk ditangani Pengurus Roy Hodgson menjelang kunjungan ke Stade de Nice bagi mengelakkan detik hitam berulang lagi.

"Saya fikir buat masa ini kita berada di peringkat kalah mati, saya percaya kita akan meningkatkan latihan sebagai satu kumpulan berbanding latihan secara individu.

"Latihan secara berkumpulan andai kata kita memerlukan. Ia saat yang mendebarkan. Saya masih lagi ingat pertemuan ketika menentang Itali.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sentiasa tahu arah mana sepakan saya dan Gianluigi Buffon sebenarnya menunjuk dan memberitahu saya dia tahu arah sepakan tersebut.

"Dia betul, jadi kemudian saya mula tertanya-tanya jika saya halakan sepakan ke arah berbeza. Tapi saya akhirnya pilih arah yang sama dan dia menangkap bola ke arah yang lain," katanya.

Malah, Rooney menyifatkan tugas menyempurnakan sepakan penalti mampu mempengaruhi kekuatan mental dan setiap pemain perlu yakin dengan keupayaan diri sendiri.



Euro 2016, England, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain