suria

Ronaldo Lega Portugal Lepasi Aksi 'Gila' Hungary

Cristiano Ronaldo.

CRISTIANO Ronaldo menarik nafas lega Portugal mara ke pusingan kalah mati selepas berjaya mengikat Hungary 3-3 dalam pertembungan peringkat kumpulan F terakhir yang penuh dramatik, awal pagi Khamis.

Malah Ronaldo yang menjaringkan dua gol dalam pertemuan itu menyifatkan aksi bertemu Hungary sebagai perlawanan yang dianggap 'gila'.

"Ia perlawanan yang dianggap gila. Kami tersingkir daripada saingan kejuaraan Eropah sebanyak tiga kali dan kami sentiasa mengejar perlawanan itu. Saingan amat sengit, ia amat 'panas' tetapi objektif utama adalah kami berjaya mara," kata Ronaldo.

Portugal akan bertemu Croatia pada kelompok 16 pasukan terbaik selepas gol Arnor Traustason yang membantu Iceland menundukkan Australia meletakkan pasukan itu di tempat ketiga.

"Kami mara di tangga ketiga. Jelas sekali matlamat utama kami adalah untuk memenangi perlawanan dan menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara atau ditempat kedua jika boleh tetapi kami berjaya mencapai objektif pasukan dan mara.

"Dan kami patut mengucapkan tahniah kepada diri sendiri dan juga pasukan di atas pencapaian ini," kata Ronaldo.

Ronaldo mengakui Portugal berdepan laluan sukar untuk meneruskan kemaraan tetapi menegaskan pasukan itu mempunyai ramai pemain hebat.

"Bukan setiap pasukan boleh menundukkan Sepanyol dan kami menghormati mereka. Namun kami tahu kekuatan kami, kami tahu kualiti yang ada pada pasukan dan kami akan terus berhati-hati," katanya.



Cristiano Ronaldo, Euro 2016, Hungary

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TCH Belum Puas Aksi Lopes

Artikel Lain