suria

Iceland Tewaskan Austria 2-1, Sah Jumpa England

Pemain Iceland, Kari Arnason mengibar bendera negaranya selepas layak ke pusingan kedua Euro 2016.

ICELAND sah bertemu England pada pusingan 16 pasukan selepas menewaskan Austria 2-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan F awal pagi Khamis.

Pasukan Iceland hanya memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan kalah mati, namun berjaya mengutip tiga mata penuh hasil jaringan Dadi Bodvarssin dan Ingvi Traustason.

Dalam pada itu, Austria yang perlu menang pada aksi ini gagal menggunakan peluang sepakan penalti apabila tendangan Aleksander Dragovic terkena palang gol.

Bagaimanapun anak buah Marcel Koller itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 hasil jaringan Alessandro Schopf.

Namun skuad Lars Lagerback memastikan kedudukan kedua dalam kumpulan menjadi milik mereka selepas pemain gantian Traustason menjaringkan gol di minit terakhir permainan.

Dengan kemenangan ini, Iceland menjadi pasukan keempat mara ke pusingan kedua selepas Wales, Sepanyol dan Croatia.

Malah ia merupakan pencapaian terbaik mereka mara ke pusingan kedua dalam saingan Euro.

SENARAI PEMAIN:

ICELAND: Halldorsson, Saevarsson, Sigurdsson, Gudmundsson, Bjarnason, Sigthorsson, Sigurdsson, Arnason, Bodvarsson, Skulason, Gunnarsson (simpanan): Bjarnason Traustason

AUSTRIA: Almer, Dragovic, Hinteregger, Fuchs, Ilsanker,Arnautovic, Alaba, Baumgartlinger, Prodl, Klein, Sabitzer, (simpanan): Schopf, Janko, Jantscher.


Kedudukan Kumpulan F

1. Hungary 5mata

2.Iceland 5

3.Portugal 3

4.Austria 1

Euro2016, Iceland, Kumpulan F

Artikel Lain