Puma Siasat Empat Jersi Pemain Switzerland Koyak

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 5:00 AM

Pemain tengah Switzerland Granit Xhaka terpaksa menukar jersi sebanyak dua kali kerana terkoyak ketika perlawanan bertemu Perancis, Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PENGELUAR pakaian sukan berjenama Puma membuat siasatan berikutan empat jersi yang dipakai pemain Switzerland terkoyak ketika aksi 0-0 bertemu Perancis peringkat kumpulan Euro 2016, Ahad lalu.

Perlawanan tersebut yang meyaksikan Switzerland bakal mengiringi Perancis mara ke pusingan kalah mati dilihat tidak ada berlaku aksi terlalu kasar menarik jersi atau sebagainya, namun tiga pemain Swiss terpaksa ke tepi padang untuk menukar jersi baharu.

“Pengalaman seperti ini merupakan kali pertama yang berlaku. Lima pasukan lain yang memakai jersi Puma bermain dalam sepuluh perlawanan tanpa berdepan dengan masalah seperti kami,” jelas wakil pengeluar produk dari Jerman itu dalam satu kenyataan.

“Bahagian produk kami kini sedang disiasat mengenai material baju itu. Kami akan memberi maklumat terkini apabila mendapat jawapannya”.

Pemain tengah Swiss, Xherdan Shaqiri memberi pandangan berbeza mengenai isu ini.

“Saya harap Puma tidak mengeluarkan kondom, “jelasnya bergurau selepas perlawanan kepada Eurosports.

Manakala penjaga gol Yann Sommer memberi pandangan lebih positif biarpun jersinya tidak berdepan dengan masalah ini.

Jelas Man Of The Match perlawanan tersebut, isu yang berlaku itu tidak perlu dijadikan alasan untuk menukar penaja lain.

“Ia boleh berlaku kerana terdapat persaingan di atas padang. Sudah tentu kami berdepan dengan cabaran tersebut.

“Bagi saya, tidak perlu menukar penaja pakaian lain kerana Puma amat selesa.”

Pemain-pemain yang terpakda menukar jersi baharu gara-gara terkoyak adalah Granit Xhaka (dua kali), Admir Mehmedi dan Breel Embolo.

Tags / Kata Kunci: Euro2016 , Switzerland , Puma , Koyak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan