suria

Segelintir Penyokong Hungary Buat Kecoh Sesama Sendiri

PENYOKONG-penyokong Hungary menimbulkan kekecohan sebelum perlawanan bertemu Iceland di Marseille awal pagi Ahad.

Menurut saksi yang turut berada di dalam Stadium Velodrome itu, sekumpulan anggota polis masuk tiba di tempat duduk penyokong bagi meleraikan kekecohan itu.

“Lebih kurang 100 orang penyokong Hungary berpakaian hitam yang berada di satu sudut dalam stadium ini cuba memanjat penghadang besi untuk menyertai satu lagi kumpulan mereka yang berada di belakang gol.

“Berlaku adegan tolak menolak di antara penyokong dan pengawal stadium sebelum mereka diarah berundur.

“Mereka cuba memanjat penghadang itu sebelum polis menutup bahagian terbabit. Namun tidak ada sebarang pergaduhan di antara polis dan penyokong yang berlaku” jelas sumber AP.

Euro 2016 dicemari dengan beberapa isu keganasan penyokong, lebih-lebih lagi melibatkan penyokong Rusia dan England yang bergaduh sebelum, semasa dan selepas perlawanan kedua-dua negara itu.

Euro2016, Penyokong Hungary

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain