Itali Banyak Ajar Belgium - Radja Nainggolan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 4:23 AM

Pasukan Belgium menewaskan Republik Ireland 3-0.

(Ubah saiz teks)

RADJA Nainggolan mendedahkan kekalahan 2-0 kepada Itali Isnin telah membantu pasukannya kembali bangkit pada perlawanan bertemu Republik Ireland, Sabtu malam.

Pemain tengah Roma itu dimasukkan pada babak kedua aksi kemenangan 3-0 bagi saingan Kumpulan E ini.Nainggolan yakin selepas ‘diajar’ Itali, skuadnya yang dibimbing Marc Wilmots itu bangkit memburu kemenangan bergaya.

“Itali telah mengajar kami dengan sesuatu yang penting.

“Kami belajar daripada mereka makna sebenar sebuah pasukan. Selepas tewas pada Isnin lalu, kami mula membuang semua perkara yang menjadi penghalang skuad ini,” jelasnya.




Belgium berjaya menyamai jaringan gol terbanyak dalam perlawanan setakat ini (tiga gol) seperti yang direkodkan oleh Sepanyol ke atas Turki pada awal pagi Sabtu.

Pada perlawanan aksi kedua mereka peringkat kumpulan ini, Belgium berjaya membuka jaringan menerusi Romelu Lukuku (48’) sebelum Axel Witsel menambah gol kedua minit ke-61.

Sembilan minit selepas itu, Lukuku sekali lagi melengkapkan gol ketiga pasukan yang digelar Die Roten Teufel (The Reds Devils) ini.Belgium berada di tangga kedua kumpulan selepas mengutip tiga mata daripada dua perlawanan bakal bertemu Sweden 23 Jun ini. 



SENARAI PEMAIN:


BELGIUM: Courtois, Meunier, Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen, Witsel, Dembélé, Carrasco, De Bruyne, Hazard, R Lukaku. (simpanan) Nainggolan, Fellaini, M Mignolet, Gillet, Mertens, Denayer, Origi, Kabasele, Benteke, J Lukaku, Batshuayi, Ciman. 

REP OF IRELAND: Randolph, Coleman, O'Shea, Clark, Ward, Hendrick, Whelan, McCarthy, Brady, Hoolahan, Long. (simpanan) Westwood, Keogh, McGeady, Keane, McClean, Duffy, Walters, Christie, Given, Meyler, Murphy, Quinn.

Tags / Kata Kunci: Euro2016 , Belgium , Republik Ireland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan