La Roja Mara Ke Pusingan Kedua, Benam Turki 3-0

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 5:23 AM

Morata menjaringkan dua gol untuk Sepanyol.

(Ubah saiz teks)

SEPANYOL berjaya menempah slot ke pusingan kalah mati selepas menang selesa 3-0 ke atas Turki pada aksi Kumpulan D di Stadium Allianz Riviera di Nice, awal pagi Sabtu.

Kemenangan kedua buat skuad Vincent de Bosque selepas keputusan 1-0 ke atas Republic Czech Isnin lalu sekaligus menguasai kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan.

Biarpun masih berbaki satu lagi perlawanan kumpulan bertemu Croatia, La Roja pastinya lega seketika dengan keputusan yang dicatat setakat ini.

“Kami sentiasa berdepan dengan saingan sukar daripada semua pasukan selepas bergelar juara 2008 dan 2012. Ditambah pula dengan kehilangan beberapa tonggak pemain utama sebelum ini yang telah bersara.

Pemain-pemain Turki kelihatan kecewa selepas tewas 3-0 kepada Sepanyol.


"Setiap perlawanan menunjukkan aksi yang berbeza dan pemain-pemain saya cepat bertindak. Jadi saya tidak bimbang,” jelas Del Bosque.

Sementara itu, dua daripada tiga gol kemenangan ini dijaringan oleh Alvaro Morata.

Penyerang Juventus berusia 23 tahun ini membuktikan pemilihan untuk mewakili negaranya tidak sia-sia biarpun hanya sebagai pemain simpanan sebelum ini.

Morata meledak dua gol pada minit ke-34 dan 48’, manakala Nolito menyumbat satu gol (37’).

“Apa yang paling penting dalam kumpulan ini ialah kami tidak meletakkan gelaran sebagai pasukan pilihan.

“Saya sangat gembira dengan perlawanan dan jaringan gol, namun apa yang paling membuat saya teruja ialah berada di sini. Sebelum ini saya hanya menonton perlawanan Sepanyol di kaca televisyen sahaja. Beraksi bersama Sepanyol adalah impian saya,” jelasnya.
Penyokong-penyokong Turki bertindak membakar suar ketika aksi tewas 3-0 kepada Sepanyol.


Selain itu, perlawanan ini turut dicemari dengan tindakan penyokong Turki yang membakar suar, namun tidak seburuk yang dilakukan penyokong-penyokong Croatia sebelum ini.

SENARAI PEMAIN

Sepanyol: de Gea, Juanfran, Piqué, Ramos, Alba, Fàbregas, Busquets, Iniesta, Silva, Morata, Nolito. (simpanan): Casillas, Azpilicueta, Bartra, Koke, Vázquez, Pedro, Bellerín, Thiago Alcántara, San José, Bruno, Aduriz, Rico.

Turki: Babacan, Gönül, Topal, Balta, Erkin, Tufan, Inan, Ozyakup, Calhanoglu, Yilmaz, Turan. (simpanan): Kaya, Calik, Sahin, Tosun, Sahan, Recep Kivrak, Köybasi, Malli, Sen, Mor, Ozbayrakli, Tekin.
Tags / Kata Kunci: Euro2016 , Sepanyol , Turki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan