suria

Enam Penyokong Sepanyol Ditahan Bawa Sepanduk Nazi, Suar

NICE: Tiga penyokong 'ultras' Sepanyol ditahan di selatan bandar Nice kerana membawa sepanduk yang tertera perkataan neo-Nazi manakala tiga lagi dipercayai cuba membawa masuk suar ke dalam stadium.

Penangkapan itu dibuat menjelang pertemuan di antara Sepanyol menentang Turki, awal pagi Sabtu.

Pihak berkuasa Perancis sedang memburu beberapa kumpulan penyokong radikal selepas kekecohan di Marseille minggu lalu yang mencemari kempen sepak mula kejohanan Euro 2016.

Penganjur kejohanan, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut mengenakan larangan ketat ke atas semua jenis suar daripada dibawa ke dalam stadium walaupun segelintir peminat berjaya membawa masuk bahan larangan itu.

Pada perlawanan berasingan di antara Croatia dan Republic Czech yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 turut dicemari dengan balingan suar ke dalam padang Stadium Geoffroy Guichard.

Gara-gara insiden itu Pengurus Croatia, Ante Cacic menggelar sebahagian daripada penyokong negaranya sebagai ‘pengganas sukan’.

Cacic gagal mengawal perasaan marahnya selepas penyokong pasukan itu membaling lebih kurang sedozen suarke atas padang.

Malah lebih memalukan, beberapa penyokong Croatia turut dilihat bergaduh sesama sendiri di tempat duduk penyokong.


Sepanyol, Euro 2016, sepanduk Nazi, suar

Artikel Berikut

Artikel Lain