suria

Tiada Kerjasama, Kepercayaan Punca Tewas - Fomenko

JURULATIH Ukraine, Mykhailo Fomenko mengakui kurang kerjasama dan kepercayaan punca pasukannya tewas 2-0 kepada Ireland Utara dalam saingan Kumpulan C Euro 2016, awal pagi Jumaat.

Fomenko mengkritik skuadnya selepas pemai-pemain Irish berjaya merekodkan kemenangan sulung mereka pada kejohanan utama selepas menewaskan tuan rumah Sepanyol pada aksi Piala Dunia 1982.

“Pemain-pemain tidak bersatu di atas padang. Mereka gagal memenuhi kehendak dan ia akan menjadi sesuatu yang lebih sukar pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Poland nanti,” jelasnya.

“Saya harap mereka tidak terlalu memandang rendah kepada lawan serta menghargai kebolehan untuk bermain di tahap ini. Kami sudah mempunyai jangkaan terhadap Ireland Utara, corak permainan mereka tidak mengejutkan kami.”

Sementara itu, gol kemenangan Ireland Utara dilakukan oleh Gareth McAuley (m-49) dengan tandukan menarik selepas Oliver Norwood melakukan sepakan percuma dari arah kanan, manakala gol kedua dari Niall McGinn (m-9).

“Tidak terkejut dengan gaya jaringan Ireland Utara memandangkan sembilan daripada 16 gol dalam aksi kelayakan adalah hasil daripada sepakan percuma, namun kami masih tidak sedar ianya menghasilkan gol pertama.

“Kami hanya mencipta sedikit sahaja peluang ketika di hujung permainan.

“Pun begitu kami tetap mengatakan ada peluang untuk menjaringkan gol walaupun sebaliknya. Dan hari ini kami telah membuat kesilapan besar yang jelas, malah ia adalah persembahan yang teruk, “ tambahnya lagi.

Ukraine bakal bertemu Poland di Marseille pada Selasa depan dan dianggap perlawanan wajib menang untuk membuka peluang ke pusingan 16 pasukan.

SENARAI PEMAIN:

Ireland Utara: McGovern, Hughes, Cathcart, McAuley, Evans, Evans, Davis, Norwood, Ward, Washington, Dallas.

Ukraine: Pyatov, Fedetskiy, Shevchuk, Khaderidi, Rakitskiy, Yarmolenko, Kovalenko, Konoplyanka, Seleznyov.

Euro2016, Ukraine

Artikel Lain