suria

'Underdog' Hungary Tewaskan 10 Pemain Austria 2-0

Stieber memperdayakan penjaga gol Austria untuk gol kedua Hungary.

PASUKAN Hungary tampil sebagai pasukan ‘underdog’ berjaya menewaskan Austria 2-0 pada aksi peringkat Kumpulan F di Bordeaux awal pagi Rabu.

Adam Szalai dan Zoltan Stieber menjaringkan menjaringkan gol kemenangan menentang sepuluh pemain pasukan lawan selepas Aleksander Dragovic menerima kad kuning kedua.

Jaringan Szalai pada minit ke-67 itu merupakan jaringan pertamanya dalam 41 perlawanan keseluruhan bagi tempoh 18 bulan.

Sebelum itu, Austria dilihat lebih cenderung untuk merakam jaringan seawal minit pertama permainan apabila percubaan Drakovic terkena palang gol.

Namun detik malang skuad bimbingan Marcel Koller itu mulai dirasai apabila beraksi dengan sepuluh pemain yang ternyata bekerja lebih keras menghalang serangan pemain-pemain Hungary.

Peluang itu digunakan sebaik-baiknya oleh anak buah Bernd Storck untuk menambah jaringan.

Dragovic (tengah) cuba memujuk pengadil selepas meraih kad kuning kedua.


Selepas beberapa percubaan berbahaya, akhirnya pasukan yang digelar Nemzeti Tizenegy itu berjaya menambah gol yang kedua menerusi  oleh Zoltan Stieber pada minit ke-88, selepas tujuh minit beraksi menggantikan Laszlo Kleinheisler.

Hungary pastinya selesa dengan kemenangan ini bagi merebut kedudukan selesa dalam kumpulan sebelum bertemu dua lagi pasukan, iaitu Portugal dan Iceland.

Pertemuan kedua-dua negara ini turut merekodkan sejarah tersendiri apabila bertemu antara satu sama lain julung kalinya selepas 1972 dan Hungary layak beraksi di Kejohanan Euro ini buat kali pertama selepas 44 tahun.

Malah kemenangan ini juga merupakan rekod pertama Hungary menewaskan Austria yang kini berada dalam ranking sepuluh terbaik dunia dalam tempoh 30 tahun dalam kejohanan utama.

Turut menjadi tumpuan, ialah bekas penjaga gol Crystal Palace Gabor Kiraly yang menjadi pemain tertua berusia 40 tahun 72 hari beraksi dalam sejarah Euro.

SENARAI PEMAIN:

Austria - Almer, Dragovic, Hinteregger, Fuchs, Arnautovic, Alaba, Junuzovic, Harnik, Baumgartlinger, Klein, Janko.
Jurulatih: Marcel Koller

Hungary - Kiraly, Lang, Kadar, Fiola, Dzsudzsak, Nagy, Szalai, Gera, Nemeth, Kleinheisler, Guzmics.
Jurulatih: Bern Storck

Pengadil: Clement Turpin 

Euro2016, Hungary, Austria

Artikel Sebelum

Brazil Pecat Dunga

Artikel Berikut

Artikel Lain