suria

Pergaduhan Penyokong Rusia dan England Semakin Ganas

PERGADUHAN antara penyokong England dan Rusia di Marseille ketika kejohanan Euro 2016 seperti tiada kesudahan sehingga hari ini.

Terbaru, penyokong Rusia dikesan memasang kamera GoPro di pinggang dan bersiap sedia untuk menyerang penyokong England.

Video itu kemudian dikongsi di laman sosial yang bertujuan menjadikan suasana semakin tegang antara penyokong kedua-dua pasukan.

Menerusi video berkenaan, perakam kelihatan bertindak agresif dengan menyerang dan merosakkan harta awam.

Turut kelihatan penyokong England yang mengalami kecederaan akibat diserang.

Pergaduhan yang tercetus sebelum perlawanan Rusia menentang England semakin tegang apabila penyokong menjadikan ia sebagai rutin.

Setakat ini, Pengurus England, Roy Hodgson tampil meminta penyokong menghentikan pergaduhan manakala Rusia belum melakukan tindakan lanjut terhadap rakyatnya.

Euro, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Itali Atasi Belgium 2-0

Artikel Lain