suria

Poland Teruja Menang Tipis Ke Atas Ireland Utara

Milik menjaringkan gol kemenangan Poland ketika bertemu Ireland Utara bagi saingan Kumpulan C, awal pagi Isnin.

PASUKAN Poland  mengutip mata penuh pada aksi Kumpulan C selepas menewaskan Ireland Utara di Stadium Nice, awal pagi Isnin.

Arkadiusz Milik menjaringkan gol tunggal Poland ketika saingan pembukaan kumpulan tersebut.

Skuad bimbingan Michael O’Neill itu tampil dengan aksi memberangsangkan dengan barisan pertahanan yang mantap.

Namun percaturan O’Neill dilihat lebih tertumpu di bahagian belakang menyebabkan jentera serangan lambat bertindak mencari gol lebih awal lebih-lebih lagi pasukan lawan dilihat lebih agresif mencari bola.

Pun begitu, penyerang muda Ajax berusia 22 tahun bijak menggunakan peluang merakam gol pertama sebaik sahaja babak kedua bermula.

Tersentak dengan jaringan Poland, skuad Adam Nawalka mula mengatur strategi serangan lebih pantas, namun tuah kemenangan bukan milik Ireland Utara pada aksi ini biarpun mereka mendominasi permainan sejak sepak mula dilakukan. Malah pemain-pemainnya juga turut melancar serangan berbahaya ke arah gawang Poland.





Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat permainan sekaligus menyaksikan Poland mencatat kemenangan pertama di kejohanan ini setelah enam kali gagal berbuat demikian.

Selain itu, rekod tanpa kalah 12 perlawanan Ireland Utara ketika saingan kelayakan sebelum ini akhirnya padam di tangan Poland.

Lebih penting daripada itu, mereka pastinya akan bangkit terdesak kemenangan agar tidak tersingkir lebih awal kejohanan di Perancis ini setelah layak buat kali pertama selepas 30 tahun.

Mereka bakal berdepan dengan Ukraine pada 21 Jun ini.

Euro2016, Kumpulan C

Artikel Lain