suria

Pique Penyelamat Sepanyol, Menang 1-0 Ke Atas Rep Czech

GERARD Pique menyelamatkan maruah Sepanyol ketika aksi pertama Euro 2016 mereka dalam Kumpulan D sekaligus menewaskan Republik Czech 1-0 di Toulouse, Isnin malam.

Pemain pertahanan Barcelona itu berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-87 hasil hantaran Andres Iniesta yang cukup untuk Pique melakukan tandukan tepat ke dalam gawang, menewaskan penjaga gol lawan, Petr Cech.

Pada aksi tersebut, pasukan juara bertahan itu dilihat sukar melepasi benteng pertahanan anak buah Pavel Vrba.

Skuad La Roja yang dibimbing Vicente del Bosque itu nyaris merakam beberapa gol menerusi percubaan Alvaro Morata dan David Silva.

Namun Cech yang berpengalaman berdepan dengan pemain-pemain bertaraf bintang berjaya menepis percubaan berbahaya tersebut.

Cech (tengah) menghalang bola daripada terlepas ke gawang.


Keputusan menang ini hanya ‘cukup makan’ buat Sepanyol untuk meraih tiga mata penuh tetapi mereka perlu lebih kreatif ketika berada di depan gol lawan menjelang pertemuan dengan Turki 21 Jun ini.


SENARAI PEMAIN:

Sepanyol: De Gea, Juanfran, Ramos, Pique, Alba, Busquets, Iniesta, Fabregas, Silva, Nolito, Morata (Simpanan): Aduriz, Alcantara, Pedro
Jurulatih: Vicente de Bosque

Republik Czech : Cech, Kaderabek, Sivok, Hubnik, Limbersky, Plasil, Darida, Gebre Selassie, Rosicky, Krejci, Necid (simpanan): Lafata, Sural, Pavelka
Jurulatih: Pavel Vrba

Pengadil:
Szymon Marciniak (POL)

Man of The Match
: Petr Cech



Euro2016, Sepanyol, KumpD

Artikel Berikut

Artikel Lain