suria

Video Pergaduhan Penyokong-Penyokong Rusia-England

AKSI pembukaan England bagi Kumpulan B dicemari dengan adegan keganasan apabila sebahagian penyokong mereka diserang oleh peminat fanatik pasukan Rusia ketika aksi seri 1-1.

Kekecohan mula berlaku ketika percubaan pemain Rusia Vasili Berezutski dibatalkan dan pemain tengah England Eric Dier menyumbangkan gol menerusi sepakan percuma.

Penyokong-penyokong Rusia mula merempuh barisan keselamatan dan menyerang penyokong-penyokong England.

Dengan keadaan keselamatan di Stade Velodrome yang sudah tidak terkawal, penyokong-penyokong England bergegas mencari pintu keluar sebaik sahaja perlawanan tamat, malah sebahagian daripada mereka memanjat pagar di kawasan penonton bagi mengelak diserang dan terlibat dengan pergaduhan.

Bukan sahaja di dalam stadium, malah pergaduhan kedua-dua belah penyokong itu berlarutan sehingga ke luar stadium yang memaksa pihak polis melepaskan tembakan air terhadap mereka.

Euro2016

Artikel Lain