Rusia Buat England Kecewa Dengan Keputusan Seri 1-1

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 5:08 AM

Pemain tengah, Eric Dier (kanan) meraikan jaringan tunggal England pada aksi bertemu Rusia awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN England hampir mengutip tiga mata penuh pada aksi pertama peringkat kumpulan apabila mendahului pasukan Rusia, namun terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 di saat-saat akhir perlawanan.

Pada aksi awal pagi Ahad itu, anak buah Roy Hodgson mempamerkan aksi menarik dengan mendominasi permainan sejak awal perlawanan, namun gagal merakam sebarang jaringan.

Peluang terbaik hadir bagi skuad England menerusi Dele Allli yang melakukan sepakan percuma tidak jauh dari kotak penalti.

Aksi mantap penjaga gol Rusi Igor Akinfeev yang telah menyelamatkan beberapa percubaan Adam Lallana dan Wayne Rooney sebelum Eric Dier berjaya memecah kebuntuan gol, 17 minit sebelum masa permainan tamat.

Jaringan tunggal itu cuba dijaga rapi oleh pemain-pemain The Three Lions sementara menantikan wisel akhir pengadil, namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila Vasili Berezuyki tampil menyamakan kedudukan sekaligus mengakhiri perlawanan tersebut.




Dengan keputusan seri ini, England terpaksa bekerja keras untuk memastikan kedudukan mereka selamat berada dalam Kumpulan B, lebih-lebih bakal bertemu dengan Wales yang selesa mengutip tiga mata ketika bertemu Slovakia pada aksi sebelum ini.

Sementara itu, Hodgson mengakui keputusan ini dianggap seperti pasukannya tewas.

"Apabila kamu tewas dalam tempoh satu minit akhir, ia sangat mengecewakan.

"Saya mungkin gembira dengan 1-0, tetapi kami tewas pada saat akhir. Kami kecewa kerana telah bersiap sedia untuk meraikan kemenangan,  dan kini kami tidak lagi mempunyai sebarang kemungkinan," luah Hodgson kecewa.

Kumpulan B: England, Wales, Rusia, Slovakia.

Tags / Kata Kunci: Euro2016 , England , Rusia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan