suria

Benzema Hanya Tonton Aksi Rakan Sepasukan Menerusi TV

Benzema memuat naik gambarnya sedang menonton perlawanan Perancis dan Romania di laman Instagram.

KARIM Benzema hanya menonton rakan-rakannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Romania menerusi siaran televisyen sahaja selepas namanya tiada dalam senarai pasukan Perancis.

Benzema digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) selepas dikaitkan dengan ugutan skandal video seks Mathieu Valbuena.

Penyerang Real Madrid itu bersetuju dengan pendapat bekas lagenda Manchester United, Eric Cantona yang berkata hukuman yang dikenakan ke atas Benzema dan Hatem Ben Arfa lebih bersifat etnik.

Kecewa dengan keputusan pasukan negaranya itu, Benzema tidak hanya menonton perlawanan negaranya menerusi TV sahaja.

Jelas sekali dia begitu kecewa dengan penggantunggan ini yang mana Euro merupakan salah satu kejohanan berprestij yang dinanti-nantikannya.

Euro2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain