suria

England Ketepikan Vardy Ketika Bertemu Rusia

Jamie Vardy.

JAMIE Vardy dijangka tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad England ketika menentang Rusia pada aksi pembukaan Euro 2016 pada malam Sabtu.

Pengurus England, Roy Hodgson masih belum memaklumkan kepada pasukannya senarai pemain yang akan diturunkan pada pertembungan Kumpulan B di Marseille itu.

Dalam satu sesi latihan di Chantilly minggu ini, Sportsmail difahamkan England berlatih dengan formasi yang mengambil kira ketiadaan tonggak utama, Vardy dan James Milner yang gagal mempamerkan aksi sebenar ketika bertemu Portugal, lapan hari lalu.

Posisi Vardy akan diisi Raheem Sterling manakala Jack Wilshere atau Adam Lallana bakal menggantikan Milner.

Keputusan mengenai senarai itu hanya bergantung kepada sama ada Hodgson atau kakitangan kejurulatihan yakin Wilshere cergas sepenuhnya untuk aksi pembukaan itu.

Difahamkan Hodgson lebih menggemari corak hantaran Wilshere di atas padang.

Jika Vardy sekadar mengisi bangku simpanan pada Sabtu, ia merupakan minggu yang sukar untuk penyerang Leicester itu.

Masih belum jelas sama ada keputusan untuk mengetepikan Vardy disebabkan spekulasi perpindahannya ke Arsenal yang masih belum dimuktamadkan.

Malah, Hodgson menganggap Vardy gagal mempamerkan aksi sebenar ketika menentang Portugal di Wembley.







Jamie Vardy, England

Artikel Sebelum

Artikel Lain