suria

Penyokong England Buat Kecoh Lagi

KEKECOHAN yang sering dicetuskan oleh penyokong bola sepak England dalam setiap kejohanan melibatkan negara tersebut mula dicetuskan di Perancis pada saingan Euro kali ini.

Dalam kejadian terbaharu di Marseille, polis Perancis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menghadapi sikap agresif penyokong England yang menimbulkan kekecohan.

Kejadian pada Khamis itu dilaporkan berlaku di luar bar yang menjadi tempat pelancong berehat di bandar Old Port.

Suasana mula tegang apabila penyokong England menyanyi lagu sinis "di mana IS" di kawasan yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam.

Remaja tempatan yang berang dengan tindakan penyokong England bertindak menyerang mereka dan berlaku kekecohan.

Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan.

England akan berdepan Rusia dalam perlawanan pertama negara berkenaan.

England, Euro

Artikel Lain