Pochettino nafi ditawar 15 juta pound oleh Real Madrid - Bola Sepak | mStar

Pochettino nafi ditawar 15 juta pound oleh Real Madrid

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

MAURICIO Pochettino nafi spekulasi ditawarkan 15 juta pound (RM82 juta) supaya tinggalkan Tottenham dan berpindah ke Real Madrid.

Spekulasi Pochettino dengan Real Madrid bukan perkara baharu, lebih-lebih lagi selepas kelab itu memecat pengurus Julen Lopetegui.

Menurut laporan, Madrid membuat tawaran 'blockbuster' bagi menggantikan Lopetegui.

Manakala Pochettino yang mengikat tempoh panjang bersama Spurs tahun ini memberi respon dengan spekulasi terbaharu mengaitkan dirinya.

"Lihat, saya sangat fokus dengan tugas di Tottenham. Setiap hari timbul khabar angin baharu.

"Kamu beritahu saya khbar angin itu, dan mendengar cerita lain (di media) pada esok. Banyak perkara berlaku.

"Paling penting semua orang perlu tahu bahawa saya sangat fokus kepada tugas di sini dan semua penyokong kami juga perlu tahu.

"Dan paling penting pengerusi Daniel Levy perlu tahu perkara ini bahawa saya bertanggungjawab dengan pasukan dan bekerja keras untuk membantu kelab mencapai apa yang diidamkan.

"Khabar angin tetap khabar angin dan ia sentiasa berlaku, bukan sahaja di Tottenham tetapi dalam semua kelab. Kamu tidak boleh buat apa-apa mengenai spekulasi ini," ujar Potchettino kepada media. - OneFootball

Tags / Kata Kunci: Mauricio Potchettino , Spurs
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan