Jet peribadi, gaji lebih tinggi dari Neymar antara permintaan Mbappe dalam kontrak baharu yang tersebar - Bola Sepak | mStar

Jet peribadi, gaji lebih tinggi dari Neymar antara permintaan Mbappe dalam kontrak baharu yang tersebar

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 12:07 PM

Kylian Mbappe

(Ubah saiz teks)

KONTRAK terbaharu melibatkan pemain muda berbakat besar, Kylian Mbappe dengan pasukannya, Paris Saint-German (PSG) dilaporkan tersebar dan angka yang didedahkan ternyata mengejutkan ramai.

Mbappe sebelum ini sememangnya diketahui sering membuat urusan perpindahan tanpa bantuan ejen, sebaliknya hanya diuruskan bapanya sahaja.

Menerusi laporan majalah Der Spiegel, Mbappe meminta kontrak terbaharu dengan harga €55 Juta (RM260 Juta).

Selain itu, dia turut meminta €5 Juta (RM23.6 Juta) bonus perjanjian dan gaji sebanyak €50 Juta sepanjang lima tahun mengikat kontrak di sana.

Dia menyertai PSG pada Ogos 2017 dengan bayaran €180 Juta (RM853 Juta).

Tambah laporan itu lagi, pihak PSG juga dikhabarkan bersetuju dengan permintaan Mbappe.

Selain syarat di atas, pihak PSG juga menolak beberapa lagi syarat yang dikenakan oleh pemain itu.

Antaranya, Mbappe mahu menjadi pemain dengan bayaran paling mahal, dengan bayaran lebih tinggi dari Neymar.

Malah, Mbappe juga mahu bapanya dibenarkan menghadiri sesi latihan permainan.

Mbappe juga membuat permintaan untuk menggunakan jet peribadi selama 50 jam setahun sepanjang tempoh kontrak itu..- Highsnobiety.

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe , Paris Saint-German
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan