"Kecederaan Welbeck serius, terus dihantar ke hospital" - Bola Sepak | mStar

"Kecederaan Welbeck serius, terus dihantar ke hospital"

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 2:09 PM

Welbeck diusung keluar padang ketika aksi Liga Europa padi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DANNY Welbeck terus dibawa ke hospital selepas megalami kecederaan di buku lali ketika aksi Liga Europa awal pagi Jumaat.

Pengurus Arsenal Unai Emery mengesahkan Welbeck mengalami kecederaan serius ketika aksi seri tanpa jaringan bertemu Sporting CP itu.

"Berita terburuk malam ini adalah kecederaan. Kami fikir ia kecederaan serius. Dia telah dihantar ke hospital dan kami masih menunggu keputusan terkini.

"Danny telah bekerja dengan baik. Komitmennya bersama kami sangat besar.

"Dan kecederaan ini adalah paling besar buat kami, dirinya serta semua orang," ujar pengendali kelahiran Sepanyol itu.-OneFootball

Tags / Kata Kunci: Danny Welbeck , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan