Crouch dedah pencuri sempat puaskan nafsu dalam kereta miliknya - Bola Sepak | mStar

Crouch dedah pencuri sempat puaskan nafsu dalam kereta miliknya

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 11:11 AM

Peter Crouch.

(Ubah saiz teks)

PETER Crouch mendedahkan keretanya telah dilarikan seorang pencuri yang kemudian melakukan hubungan seks di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Bekas bintang Liverpool itu membuat pengakuan mengenai insiden tersebut dalam episod terbaharu rancangan Radio 5 Live, That Peter Crouh Podcast.

Seorang pendengar yang dikenali sebagai Jay menghubungi rancangan tersebut dengan berkata abangnya bekerja di sebuah tempat letak kereta di Charlton, selatan London, lokasi kereta Crouch ditinggalkan.

Pemain berusia 37 tahun itu berkata insiden itu benar-benar berlaku dan dia turut menjumpai kot berbulu di tempat duduk belakang keretanya.

"Kereta saya dicuri. Saya dapat panggilan ia sudah dijumpai dan jika saya mahu mendapatkannya semula saya perlu pergi ke tempat simpanan kereta di Charlton.

"Ia perjalanan yang jauh tetapi saya menggunakan kereta api ke sana.

Crouch mendakwa tempat duduk bahagian belakang kereta miliknya turut digunakan pencuri tersebut untuk melampiaskan nafsu.

"Seseorang telah mencuri kereta saya dan menggunakan kereta itu untuk pergi keluar janji temu. Dia bawa CD sendiri untuk dipasang di dalam kereta itu.

"Kot berbulu milik wanita turut digantung di bahagian belakang, saya benar-benar terganggu," katanya.

Salah seorang hos bersama dalam rancangan itu kemudian berkata:"Sangat luar biasa, seseorang mencuri kereta anda dan melakukan perkara tidak senonoh di bahagian belakang dan kemudian meninggalkan kereta itu."

Crouch kemudian tertawa mendengar kata-kata itu.

"Ia suatu yang gila, individu itu mencuri kereta itu untuk digunakan selama sehari dan membawa seorang gadis keluar dan kemudian meninggalkan kereta itu," katanya.

Crouch bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh insiden itu berlaku dan jenis keretanya yang dicuri.

Tags / Kata Kunci: Peter Crouch
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan