City, Hotspur, United kejar Nathan Ake - Bola Sepak | mStar

City, Hotspur, United kejar Nathan Ake

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 3:52 PM

Tiga kelab kini memburu pemain pertahanan Belanda, Ake. - AP Photo/Olivier Matthys

(Ubah saiz teks)

KETIKA cuti rehat antarabangsa, banyak artikel mengenai khabar angin perpindahan yang dilaporkan berhubung pemain pertahanan AFC Bournemouth dan Belanda, Nathan Ake.

Kelab Manchester United dan Tottenham Hotspur dikaitkan dengan potensi membuat tawaran bernilai £40 juta (RM217 juta) pada jendela perpindahan Januari yang akan datang.

Ake sendiri telah ditanya mengenai kemungkinan itu selepas penampilannya dalam perlawananan yang mencatatkan kemenangan 3-0 Belanda ke atas Jerman dalam Liga Negara-Negara UEFA.

Beliau memberitahu media bahawa semua itu hanya khabar angin dan tumpuannya kekal dengan Cherries.

Terkini, akhbar The Sun melaporkan bahawa Pep Guardiola mahu membawa masuk Ake untuk menyertai Manchester City.

The Daily Telegraph kemudian melaporkan bahawa bekas kelab Ake, Chelsea memegang kunci untuk sebarang potensi perpindahan pemain berusia 23 tahun itu.

"Tidak ada sebarang tanda bahawa Chelsea sudah bersedia untuk mengambil Ake kembali ke Stamford Bridge dan sebarang langkah untuk menandatanganinya kembali harus dipersetujui oleh pemain itu," lapor The Telegraph.- Bournemouth

Tags / Kata Kunci: Nathan Ake
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan