Kontrak Shaw sambung lima tahun di Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Kontrak Shaw sambung lima tahun di Old Trafford

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berteka-teki mengenai masa depannya di Manchester United, akhirnya Luke Shaw diberi sambungan kontrak selama lima tahun.

Bekas pemain pertahanan Southampton yang tiba di Old Trafford pada tahun 2014 seringkali dikritik oleh pengurus Jose Mourinho.

Namun aksi yang memberangsangkan pada kempen musim ini memberi 'ganjaran' lumayan kepada pemain berusia 23 tahun itu.

Walaupun hanya beraksi dalam lapan perlawanan musim ini,  Shaw telah bermain dalam tempoh penuh 90 minit.

Bagaimana pun nilai kontrak baharunya itu tidak didedahkan.

Tags / Kata Kunci: Luke Shaw , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan