Scholes dedah tiga pemain perlu disambar United - Bola Sepak | mStar

Scholes dedah tiga pemain perlu disambar United

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United Paul Scholes mendedahkan tiga pemain yang perlu dibawa masuk kelab itu sekiranya mahu mengembalikan era kegemilangan mereka.

Scholes berkata Ed Woodward perlu membawa masuk pemain yang boleh bermain di bahagian tengah dan serangan.

"Saya fikir (Kevin) De Bruyne, (Eden) Hazard atau David Silva," katanya kepada ESPN.

Bagi Scholes, pemain United sedia ada tidak mempunyai kriteria tersebut.

"Kami ada Jesse (Lingard) yang boleh jadi pemain seperti itu tetapi anda tidak tahu apa posisi terbaik untuknya.

"Juan Mata juga ada kualiti tetapi pengurus meletakkannya di bahagian sayap kanan dan dia tak boleh beraksi pada tahap terbaik seperti posisi asalnya.

"Saya pernah berada dalam situasi itu dan anda bencikannya. Nak dapatkan prestasi terbaik itu bukan mudah," kata Scholes.

Tags / Kata Kunci: Paul Scholes , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan