Neymar beri isyarat mahu kembali ke Nou Camp - Bola Sepak | mStar

Neymar beri isyarat mahu kembali ke Nou Camp

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

NEYMAR bagi isyarat untuk kembali ke Nou Camp.

Pemain antarabangsa Brazil itu tiba di Paris Saint-Germain (PSG)  dua tahun lalu dengan perpindahan besar, 222 juta pound.

Menurut laporan Mundo Deportivo, penyerang itu menyesal kerana meninggalkan Barcelona dan mahu kembali ke kelab juara liga Sepanyol itu.

Ejen pemain itu dikatakan cuba untuk menjadikan realiti secepat mungkin.

Kehadiran Neymar dianggap bintang dalam kelab PSG, namun peningkatan mendadak bintang muda Perancis Kylian Mbappe yang berusia 19 tahun sedikit sebanyak menggugatkan pemain itu.

Jelas Neymar, dia merindui rakan-rakannya di kelab lama dan kecewa dengan kekurangan aksi dalam Ligue 1.

Sejak tiba di PSG, Neymar telah merakam 27 gol dan menjadi pembantu penjaring dalam 28 penampilan.

Sesuatu yang tidak mustahil untuk Neymar berpindah, tetapi ia melibatkan kos tinggi dan dalam masa sama PSG tidak merancang untuk menjualnya.

Tags / Kata Kunci: Neymar , PSG
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan