Hamidin harap KBS umum struktur terbaik PPBN - Bola Sepak | mStar

Hamidin harap KBS umum struktur terbaik PPBN

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 9:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan struktur yang terbaik mengenai masa depan Program Pembangunan  Bola Sepak Negara (PPBN).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa penglibatan FAM dalam NFDP tidak boleh dipinggirkan kerana di seluruh dunia, bola sepak memang diletakkan di bawah persatuan induk sesebuah negara itu.

“Saya ada bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini, kemudian timbalan saya (Datuk Seri Subahan Kamal) bermesyuarat dengan KBS. Saya rasa biarlah menteri umumkan struktur yang jelas yang untuk diikuti, kita tunggu beliau umumkan.Saya harapkan KBS akan umumkan struktur terbaik,” katanya apabila diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa PPBN akan teruskan dikekalkan di bawah pengurusan KBS di Wisma FAM pada Rabu..

Terdahulu, Hamidin merasmikan majlis pelancaran Diploma Pengajian Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan majlis penyerahan bendera pasukan UiTM ke Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia.

Syed Saddiq dijangka mengumumkan keputusan mengenai PPBN dan nasib Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dalam masa terdekat, selepas menerima input daripada sesi Town Hall dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau antara beberapa pihak berkepentingan, termasuk FAM dan Majlis Sukan Negara pada Isnin lepas.- Bernama

Tags / Kata Kunci: PPBN , FAM , KBS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan