Empat pemain dalam radar Mourinho - Bola Sepak | mStar

Empat pemain dalam radar Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2018 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho telah mengenal pasti empat pemain sasaran utamanya ketika jendela perpindahan pemain dibuka semula Januari depan.

Namun dia akan berdepan masalah untuk menyakinkan lembaga pengurusan Manchester United agar mengeluarkan dana besar bagi memenuhi kehendaknya itu.

Pada musim panas lalu, Mourinho hanya berjaya menyambar khidmat Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant.

United tewas tiga daripada lapan perlawanan liga pertama mereka musim ini dan tergelincir ke tangga ke lapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Daily Mail, Mourinho mahu mendapatkan khidmat Sergei Milinkovic-Savic dan Nikola Milenkovic dari Serbia manakala dua lagi pemain Croatia, Ivan Perisic dan Ante Rebic.

Sergei Milinkovic-Savic.

Mourinho, 55, berminat terhadap Perisic sejak jendela perpindahan musim sejuk dibuka lagi selain berusaha memujuk rakan pemain Inter Milan itu, Rebic dari kelab Jerman, Eintracht Frankfurt.

Prestasi yang hambar musim ini menyebabkan Mourinho begitu terdesak untuk memantapkan benteng pertahanan United dan Milenkovic menjadi sasaran utamanya bagi mengisi posisi tersebut.

Mourinho juga berusaha untuk membawa masuk Milinkovic-Savic dari Lazio tetapi kelab Itali itu hanya berminat untuk melepaskan pemain itu dengan bayaran tertinggi.

Selepas tamat rehat sempena perlawanan antarabangsa, United akan berkunjung ke barat London bertemu Chelsea.

United juga akan mengalu-alukan kedatangan Juventus ke Old Trafford pada aksi Liga Juara-Juara, dengan Cristiano Ronaldo akan membuat kemunculan semula menentang bekas kelabnya.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan