Kontrak bakal berakhir, Shaw belum pasti masa depan di Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Kontrak bakal berakhir, Shaw belum pasti masa depan di Old Trafford

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2018 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Manchester United sedia membuka peluang untuk berbincang mengenai masa depannya.

Luke Shaw,23, sebelum ini dilaporkan beberapa kali bercadang untuk tinggalkan Old Trafford berikutan kritikan pedas oleh pengurus Jose Mourinho.

Namun musim ini dia diberi peluang menggantikan Ashley Young dan menjadi salah seorang pemain utama berada di bahagian belakang.

Shaw antara 11 pemain yang kontrak bakal berakhir musim ini, namun kelab mungkin enggan melepaskannya secara percuma berdasarkan umurnya masih muda dan nilai perpindahan.

Dia tiba di United dari Southampton pada 2014 selepas menyertai skuad England ke Piala Dunia Di Brazil dan menjadi pemain paling muda berada dalam skuad ketika itu.


Bagaimana pun, permulaan musim ketika di bawah pengurusan Louis van Gaal agak malap selepas mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu Eindhoven yang menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan.

Selepas pulih dia terpaksa bekerja keras untuk mengembalikan prestasinya, dan Mourinho memberitahunya 'ketinggalan jauh' berkaitan dengan fokus dan komitmen.

Namun musim ini, dia kembali menunjukkan prestasi terbaik termasuk dalam skuad England.

Selain Shaw, pemain lain kontraknya akan berakhir musim ini termasuk David de Gea, Antonio Valencia, Anthony Martial, Juan Mata, Ander Herrera, Phil Jones, Chris Smalling, Ashley Young, Andreas Pereira dan Matteo Darmian.-DailyMail

Tags / Kata Kunci: Luke Shaw , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan