Chelsea nak tawar RM109 juta untuk Sandro Tonali tapi perlu bersaing dengan Juventus - Bola Sepak | mStar

Chelsea nak tawar RM109 juta untuk Sandro Tonali tapi perlu bersaing dengan Juventus

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2018 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA bersedia menawarkan £20 juta (RM109 juta) kepada pemain tengah Brescia, Sandro Tonali (gambar) tetapi terpaksa bersaing dengan kelab gergasi Itali, Juventus untuk mendapatkan remaja tersebut, menurut laporan The Sun.

The Blues telah bangkit semula di bawah pimpinan Maurizio Sarri pada musim ini dan masih belum ditewaskan dalam Liga Perdana Inggeris 2018-19.

Bos Chelsea menekankan tentang kawalan bola dengan tumpuan kepada pemain tengah utama, Jorginho.

Cesc Fabregas pula menjadi alternatif kepada pemain antarabangsa Itali itu, namun kontraknya akan tamat pada akhir musim ini.

Jadi, tidak mustahil Blues akan mencari pengganti pemain veteran Sepanyol itu tidak lama lagi.

Tonali mungkin menjadi pemain yang dicari-cari memandangkan bintang berusia 18 tahun yang semakin menyinar itu dikatakan bakal menjadi 'Andrea Pirlo' baharu.

Remaja tersebut telah membintangi Itali untuk kategori bawah 19 tahun dan kelihatan bersedia untuk mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia bola sepak.

Sementara itu, Tonali dilaporkan turut diintai oleh Juventus.

Brescia adalah sebuah kelab yang mempunyai rekod hebat dalam menghasilkan pemain tengah berprestasi tinggi. - Ninety Minutes Online

Tags / Kata Kunci: Sandro Tonali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan