Bukan Ronaldo, Presiden La Liga mahu Mourinho, Guardiola kembali - Bola Sepak | mStar

Bukan Ronaldo, Presiden La Liga mahu Mourinho, Guardiola kembali

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2018 7:15 AM

Javier Tebas. Foto Diario AS

(Ubah saiz teks)

JIKA Jose Mourinho memerlukan jalan keluar dari Manchester United dalam beberapa bulan akan datang, kedengaran seperti presiden Liga Sepanyol akan mengalu-alukan beliau kembali ke Madrid dengan tangan terbuka.

Ditanya adakah beliau merindui kehadiran Cristiano Ronaldo di La Liga, Javier Tebas berkata: "Saya ingin memiliki semua pemain terbaik dan pengurus terbaik. Sebagai contoh, saya ingin mempunyai Mourinho dan (Pep) Guardiola"

Tebas kelihatan mungkin mempunyai persamaan dengan Mourinho - seorang yang suka bertelagah, tidak peduli untuk membuat musuh.

Beliau memberitahu tidak 'merindui' Ronaldo. 

"Kita telah berusaha untuk menjadikan jenama La Liga di atas mana-mana pemain atau kelab. Empat tahun yang lalu pemergian dia (merisaukan saya, pada skala satu hingga sepuluh, saya akan berkata sembilan tahun. Sekarang pada skala satu hingga sepuluh, empat, atau tiga."

Mengenai Ronaldo dan kepentingan pemain teratas untuk liga, beliau berkata: "'Jika kita mengikuti strategi Liga Perdana mereka, mereka tidak mempunyai Ballon d'Or sejak Michael Owen."

"Mereka tidak memiliki banyak pemain dalam 11 pilihan FifPro tetapi tetap menjadi liga yang menghasilkan pendapatan paling banyak di dunia.

"Ini menunjukkan bahawa jika anda mempunyai jenama yang ada dalam Liga Perdana, maka tidak perlu mempunyai pemain terbaik untuk memiliki liga terbaik di dunia." - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan