Hazard pemain terbaik Liga Perdana Inggeris September - Bola Sepak | mStar

Hazard pemain terbaik Liga Perdana Inggeris September

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2018 7:22 AM

Eden Hazard. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

EDEN Hazard dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris pada September selepas beliau menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan ketika Chelsea mengekalkan permulaan mereka yang tidak ditewaskan pada musim ini.

Beliau melakukan jaringan hatrik ketika menentang Cardiff, malah menjaringkan gol ke atas Bournemouth dan pencabar sengit Liverpool.

Ia merupakan kali kedua penyerang kelahiran Belgium itu memenangi hadiah bulanan, selepas menerimanya pada Oktober 2016.

Pemain berusia 27 tahun itu mendahului lima pemain lain menerima undi yang paling banyak gabungan daripada panel ahli, kapten Liga Perdana Inggeris dan para penyokong.

Hazard mengalahkan pesaing lain Willy Boly dari Wolves, penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette, James Maddison, Gylfi Sigurdsson dari Everton dan pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan