Kurang bukti, Salah terlepas hukuman - Bola Sepak | mStar

Kurang bukti, Salah terlepas hukuman

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2018 8:11 AM

(Ubah saiz teks)

MOHAMED Salah tidak akan didakwa selepas video pemain Liverpool itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu tersebar.

Polis mengesahkan mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Salah.

Video yang tersebar di Twitter pada Ogos lalu menunjukkan pemain kebangsaan Mesir itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu ketika meninggalkan Anfield.

Video itu dipercayai diambil selepas aksi menentang West Ham di mana Liverpool menang 4-0 pada 12 Ogos lalu yang menyaksikan Salah menyumbat satu gol.

Liverpool mengesahkan telah memaklumkan kepada polis selepas perbincangan dengan Salah dan akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman jika ada tindakan susulan.

Namun Polis Merseyside mengesahkan mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa bekas pemain Roma itu.

"Kami boleh mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu telah diambil keterangan susulan insiden di Arkles Lane, Liverpool pada 12 Ogos lalu.

"Soal siasat telah dilakukan dan terdapat bukti tidak mencukupi untuk menyokong pendakwaan. Oleh itu tiada tindakan lanjut diambil.

"Salah telah bercakap dengan pegawai dan diberikan nasihat untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu," kata jurucakap polis. - Goal.com

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan