Punca Zidane tinggalkan Real Madrid akhirnya didedahkan, ada kaitan dengan Bale & Salah - Bola Sepak | mStar

Punca Zidane tinggalkan Real Madrid akhirnya didedahkan, ada kaitan dengan Bale & Salah

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

ZINEDINE ZIDANE letak jawatan di Real Madrid kerana janji yang dimungkiri disebabkan oleh Gareth Bale, dedah sumber utama Sepanyol.

Jurulatih Perancis itu mengejutkan dunia bola sepak apabila dia meninggalkan Bernabeu, hanya beberapa minggu selepas membimbing Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-Juara untuk kali ketiga berturut-turut.

Pada perlawanan akhir menentang Liverpool, Bale menjaringkan dua gol dan ia mencetuskan masalah antara Zidane dan Florentino Perez.

Media Sepanyol terkenal, El Pais mendakwa jaringan itu membuatkan pemilik Real Madrid berkenaan tidak jadi menjual pemain Welsh itu.

Perez turut beranggapan Bale adalah lebih baik daripada Ronaldo, memaksa Zidane memikirkan tentang masa depannya.

Zidane mahu menjual Bale bagi mendapatkan Mohamed Salah, Eden Hazard atau Harry Kane yang turut dipersetujui oleh Perez.

Namun, segalanya berubah selepas jaringan gol itu.

Awal minggu ini, Manchester United dilaporkan terpaksa membuat keputusan tentang nasib Jose Mourinho di tengah-tengah kekecohan Bayern Munich terhadap Zidane.

Bos United itu bimbang jika lembaga United merancang untuk menggantikannya biarpun berjaya meraih kemenangan ke atas Newcastle pada Sabtu lalu. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Zinedine Zidane , Gareth Bale
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan