Kisah hidup Lionel Messi bakal dibawa ke pentas teater - Bola Sepak | mStar

Kisah hidup Lionel Messi bakal dibawa ke pentas teater

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 9:27 AM

(Ubah saiz teks)

PRODUKSI teater popular Cirque du Soleil bakal mementaskan kisah hidup pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi tidak lama lagi.

Pementasan yang dihasilkan oleh PopArt Music bersama Sony Music itu dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Cirque du Soleil pernah mementaskan kisah hidup penyanyi Michael Jackson dan kumpulan The Beatles.

Cirque du Soleil yang bakal mementaskan kisah hidup Messi tidak lama lagi.

"Rasa gila dan tak percaya Cirque du Soleil mahu buat persembahan mengenai kisah hidup saya. Malah mereka juga akan mempersembahkan minat saya iaitu sukan bola sepak dalam teater ini.

"Cirque du Soleil juga merupakan persembahan kegemaran keluarga saya. Saya yakin ia akan menghiburkan orang lain juga," ujar pemain berusia 31 tahun itu.

Pemilihan Messi dikatakan bertepatan kerana dia merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.

Sepanjang kerjayanya, Messi pernah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, anugerah pemain terbaik Fifa pada 2009, anugerah Golden Boy pada 2005 dan banyak lagi.

Pemain kelahiran Argentina itu pernah bermain dengan pasukan Newell's Old Boys dan kini bernaung di bawah pasukan Barcelona.-ABC.Net.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan