Smith pengurus baharu Villa, Terry jadi pembantu - Bola Sepak | mStar

Smith pengurus baharu Villa, Terry jadi pembantu

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

ASTON Villa mengesahkan Dean Smith sebagai pengurus baharu, manakala John Terry sebagai pembantu.

Villa mengumumkan perkara itu selepas Smith dan Terry bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan.

Sebelum ini kelab Liga Kejuaraan itu berminta untuk melantik Thierry Henry namun bekas bintang Arsenal itu menolak, begitu juga dengan Rui Faria.

Terry bakal memulakan karier sebagai pembantu jurulatih di Aston Villa.

Villa berminta dengan Smith yang mempamerkan gaya menarik ketika menguruskan Walsall dan Brenford.

Manakala Terry sudah pun mempelajari il,mu kejurulatihan ketika di Chelsea dan minggu lalu turut bersama skuad muda di Cobham.-Dailymail

Tags / Kata Kunci: Dean Smith , John Terry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan