Prestasi diragui, Harry Kane yakin mampu kemudi England - Bola Sepak | mStar

Prestasi diragui, Harry Kane yakin mampu kemudi England

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN pengurus pasukan, Gareth Southgate bimbang mengenai prestasinya, Harry Kane tetap berharap dia diberi peluang untuk mengemudi pasukan England.

Pasukan itu dijangka berhadapan dengan Croatia dan Sepanyol menerusi Liga UEFA Negara England, tidak lama lagi.

Pada Selasa, Gareth mengeluarkan Kane dari latihan kesebelasan utama pasukan itu kerana khuatir dengan kesihatannya.

Kane baru-baru ini berjaya membawa England untuk menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia FIFA di Rusia.

Harry Kane sewaktu sesi latihan bersama pasukannya baru-baru ini.

Dia tidak mengambil sebarang rehat sebelum terus bermain untuk Tottenham bagi pembukaan musim, 27 hari selepas itu.

Menurut Gareth, dia mahu memastikan Kane mendapat rehat secukupnya agar tidak menjejaskan prestasinya di padang,

Namun, Kane seolah-olah yakin dengan kemampuannya dan berkeras yang dia mahu ikut serta dalam aksi perlawanan menentang pasukan lawan.

Dalam pada itu, Kane juga berjaya dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas apabila merekodkan enam gol sepanjang Piala Dunia 2018 di Moscow, Rusia.

Kane antara pemain yang menjadi tumpuan pada kejohanan empat tahun sekali itu susulan prestasi cemerlangnya bersama Tottenham Hotspur yang menyaksikannya meledak 30 gol di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).-DailyMail.

Tags / Kata Kunci: Harry Kane , England
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan