Giggs tidak mahu masuk campur kontrak Ramsey di Arsenal - Bola Sepak | mStar

Giggs tidak mahu masuk campur kontrak Ramsey di Arsenal

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Wales, Ryan Giggs yakin pemain tengah Arsenal akan kekal fokus walaupun timbul spekulasi masa depannya bersama kelab.

Masa depan Aaron Ramsey di Emirates apabila dilaporkan kontraknya akan berakhir musim 2018-19 dan masih belum ditawarkan dengan kontrak baharu.

Liverpool dan Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan Ramsey manakala kelab dari Serie A, AC Milan, Juventus dan Inter turut mengintai pemain berusia 27 tahun itu.

Ramsey beraksi dalam semua lapan perlawanan liga musim ini dan turut menjaringkan gol menarik ketika kemenangan 5-1 ke atas Fulham Ahad lalu.

"Saya tidak mahu masuk campur. Aaron gembira ketika bertemu kami (skuad Wales) dan untuk kontrak saya tidak mahu bercakap mengenainya.

"Apabila dia berada di sini, dia adalah pemain saya dan nampak dia gembira bermain untuk negaranya,"ujar Giggs.

Wales bakal bertemu Sepanyol dalam  perlawanan persabahabatan awal pagi Jumaat. -OneFootball

Tags / Kata Kunci: Aaron Ramsey , Wales , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan